18 June 2011

Camne laa nak kurus?

Sejak balik bercuti ni, ada beberapa kali saya pergi main badminton dgn suami saya. Ada sekali tu, saya join geng kawan2 suami saya yang memang dari dulu tiap2 hujung minggu main bersama2. Dulu, ada juga kawan2 suami saya tu bawak wife2 diorg jugak. Tapi biasalah kan.. kalau orang pompuan ni main tak lah se-berdesup bila pukul tu... Tapi masa saya pergi baru2 ni, takde pulak diorg bawak wife2 diorg. Saya tanya.. "Eh mana J.Lo (bukan nama sebenar)?"
Kawan ni pun jawablah, "Kat Jusco."
Lepas tu kawan lagi satu menyampuk, "Eh ko tak tau ke ni skarang dah jadi men's night out? Ladies punya aktiviti pegi shopping kat Jusco la. Ko nak join diorg pegi la."
Saya pun jawablah, "Huk eleh... pastu kalau bini jadik gemuk, marah... cari alasan nak bukak kilang lain."

Lepas tu, saya pun observe lah satu kompleks gelanggang badminton tu. Rasanya kalau tak silap ada dlm 24 court kot.. setiap court tu paling ramai pompuan, sorg.. itupun ramai yang jadik cheerleader ataupun tukang bagi air ngan lapkan peluh.

Jadi persoalannya sekarang, macammana orang pompuan nak kurus, sebab husband2 diorg pun suruh pergi Jusco je utk ladies punya aktiviti. Waktu hari biasa, semua orang pun pergi kerja. Kalau orang pompuan yang dah berkeluarga, lepas balik kerja nak kena pergi kerja yang lagi satu pulak - nak tengok hal ehwal anak, hal ehwal suami, hal ehwal bibik, hal ehwal makan, etc etc... Kalau orang lelaki, boleh lah kot singgah gym mana2 ataupun court mana2, pergi keluarkan peluh lah sekejap.

Saya tak salahkan para suami je, kadang2 bila ada peluang ataupun masa yang terluang, para isteri tidak mengambil kesempatan. Saya observe, sejak sepuluh tahun lalu yang saya pergi main badminton ngan suami saya dan geng2 nya, tak pernah saya tengok geng2 perempuan, sewa court utk dua jam dan main badminton macam orang lelaki. Mungkin kita tak ada lah luxury seperti orang lelaki yang boleh keluar malam Sabtu dengan kawan2, main badminton pukul 9mlm-11mlm, lepas tu melepak kedai mamak sampai pukul 4 pagi (kira no meaning la main badminton 2 jam tu kan pasal dah telan teh tarik 3 cawan, maggi goreng sepinggan, roti tisu 2 keping).. Tapi kita orang pompuan ni boleh lah organize aktiviti beriadah sebagai alternative kepada aktiviti shopping, jumpa kat starbucks, or pergi spa. Alternatif yang sihat, boleh merapatkan silaturrahim dan juga tidak mahal. Sewa court sejam RM20 je pun. Kalau 4 orang, baru RM5 sorang. Beli handbag pun sampai beribu2 ok je.

Kesimpulannya, saya mengajak kawan2 wanita saya utk meluangkan masa sedikit utk aktiviti riadah ni sebagai menjaga kesihatan diri sendiri. Kita ni terlalu banyak jaga orang lain - jaga suami, jaga anak, jaga ibu ayah, jaga bibik.. selalunya, diri kita sendiri tidak terjaga. Dan juga utk para suami, kalau you allssss ni sayangkan isteri, berilah dia peluang utk beriadah, ajak dia main badminton kat depan rumah tu.. ataupun apa2 saja cara utk memberi peluang kepada isteri2 menjaga kesihatan mereka. Kalau para suami mahu dilayan seperti raja, para isteri mahu dilayan seperti permaisuri. Dan tidak semestinya kena keluar belanja yang banyak.

Alhamdulillah, saya telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dengan seorang suami yang sangat mengambil berat tentang saya. Dia banyak menggalakkan saya beriadah, bersukan, menjaga kesihatan. Dulu, dia akan sewa court badminton tu sejam lebih awal daripada sesi bermain dengan geng2 dia tu, khas utk kami berdua main so that saya boleh dapat exercise secukupnya. Waktu kami di US, kami sekeluarga menyertai program Taekwondo dan dia akan memberi saya peluang utk ke kelas Kick Boxing Cardio di bawah program Taekwondo tersebut, dua kali seminggu dan dia menjaga anak2 di rumah.

Marilah sama2 kita amalkan cara hidup yang sihat. Carilah alternatif kepada aktiviti shopping. Bukan sahaja menghabiskan duit, tapi kita juga mendedahkan kepada anak2 kita cara2 utk menghabiskan duit daripada usia yang kecil lagi.

Fikir-fikirkan lah :D